Thursday 3 September 2015

Aku dan penyakit resdung/sinusitis

Hari ini aku cuti sakit. Puncanya sudah masuk hari ketiga aku mengalami simptom "fatigue" iaitu terlalu mengantuk sepanjang hari. Dua hari sebelumnya aku terpaksa tidur di surau beberapa kali akibat tidak tahan mengantuk. Mengantuk ini jenis degil tak boleh diubah. Kenapa? Minum kopi, bersenam ringan dan berbual-bual dengan kawan sepejabat juga tidak berjaya menghilangkan rasa mengantuk itu. Klimaksnya pagi tadi aku tertidur semasa hendak menggosok baju kerjaku. Lepas itu aku tidur sekali lagi di atas sofa.

Aku memang ada resdung, atau bahasa saintifiknya sinusitis. Kali ini hidung aku terasa sangat kering dan agak sukar untuk bernafas. Aku sudah pun mendapatkan "referral letter" dari klinik di pejabat semalam dan sedang berkira-kira untuk ke hospital Jumaat nanti. Tapi aku tak sangka simptom-simptomnya bertambah teruk dan terpaksa bergegas ke Hospital Gleneagles, Jalan Ampang pada hari ini juga. Syukur ayah bercuti pada hari ini kerana aku terpaksa meminta ayah membawa kereta kerana aku terlalu mengantuk. 

Doktor pakar yang merawatku namanya Dato' Dr. Mohd Husni Ahmad ("Ear, Nose and Throat surgery"). Untuk memudahkan cerita, aku gelarkan beliau sebagai Dr Husni. Seorang kawan sepejabat yang mencadangkan aku pergi mendapatkan rawatan dengan Dr Husni. Katanya beliau seorang doktor yang bagus dan kawanku itu telah sembuh sepenuhnya. 

Hasil carian aku di "Google" juga menunjukkan beliau seorang yang disegani pesakitnya dan rendah diri. Selepas bertemu empat mata dan merasai sendiri sesi rawatan dari beliau, aku memang bersetuju dengan komen-komen mereka. Beliau aku simpulkan sebagai seorang yang sangat komited dengan kerjayanya dan amanah. Aku tak mahu menuduh sebarangan tapi kalian pasti pernah berhadapan dengan situasi doktor-doktor di hospital swasta memujuk atau memaksa kalian untuk membuat pembedahan serta-merta, yang kosnya menelan ribuan ringgit. Dr Husni bukan sahaja menerangkan penyakit aku dengan panjang lebar, malah menyatakan yang pembedahan hanya akan dilakukan jika penyakit aku terlalu kronik dan tiada ubat yang boleh membantu menyembuhkannya.

Bila berhadapan dengan doktor begini, aku rasakan berbaloi jika kita membayar mereka ratusan malah ribuan ringgit. Sebab mereka bukan sahaja berilmu, malah penuh dengan sifat empati. Kita bukan sengaja hendak sakit. Kita juga bukan suka-suka mahu pergi ke hospital swasta yang mahal harganya. Tidak kiralah jika bil kita dibayar oleh majikan sekalipun, kita pastinya mengharapkan perkhidmatan yang terbaik dari mereka. Setakat ini Dr Husni menepati ciri-ciri yang aku selaku pesakit harapkan. Selepas keputusan "CT scan" aku keluar nanti, aku akan tahu adakah penyakit aku ini serius atau tidak, dan apakah jenis rawatan yang akan diberikan. Inshaallah dari semasa ke semasa aku akan "update" perkembangan rawatan aku. Kalau benar-benar bagus dan sembuh, aku akan cadangkan kepada kalian pula ya! =)

Aku kongsikan sedikit info/tips dari sesi rawatan aku tadi:

1) Sinus dan hidung adalah 2 perkara berbeza. Sinus adalah 8 rongga/ruang di bahagian muka dan kepala kita. Hidung pula adalah...hmm...hidunglah, bukan? Kedua-duanya boleh saling berkaitan jika hidung kita bermasalah contohnya tulang hidung bengkok dan menyumbat hidung, maka kotoran akan merebak ke bahagian sinus. Bila kotoran berkumpul terjadilah "infection" dan "inflammation".

2) Polyps adalah daging yang tumbuh di dalam hidung. Kena periksa betul-betul dengan kamera samada ada polyps atau tidak. Doktor kata bentuknya macam buah anggur. Dalam kes aku, doktor pakar dari hospital swasta yang lain menyuruh aku menjalani pembedahan untuk membuang polyps. Tapi Dr Husni tadi tunjukkan pada aku yang aku sebenarnya tiada polyps di dalam hidung. 

Jika ragu-ragu atau tidak pasti, sila dapatkan "second opinion" dari hospital lain. Ianya boleh menjimatkan wang dan juga masa. Kadanga-kadang pembedahan yang dilakukan tak menyembuhkan penyakit pun. Puncanya mungkin doktor salah diagnos atau sengaja menakut-nakutkan kita yang kurang ilmu perubatan ini. Jadi berhati-hati ya, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan duit sendiri untuk membayar bil perubatan. Sakitnya itu di sini $$$$$.

3) Beritahu doktor jika anda sakit semasa doktor memasukkan ubat atau kamera ke dalam hidung. Pohon beliau untuk lebih berhati-hati semasa melakukan prosedur tersebut. Dr Husni ternyata sangat berhati-hati dan lembut bila memasukkan ubat dan kamera ke dalam hidung aku. Jauh berbeza dengan doktor sebelum ini yang main jolok saja besi ke dalam hidung aku. Meleleh-leleh air mata aku menahan sakit.

4) Berikan maklumat berkaitan ubat-ubatan dan rawatan yang pernah kita ambil kepada doktor. Sebab ia akan membantu doktor membuat keputusan rawatan bagaimana lagi yang harus dilakukan kepada kita. Contohnya, Dr Husni menyuruh aku membawa keputusan "CT scan" dari hospital yang sebelum ini untuk dia bandingkan dengan keputusan terkini nanti. Aku juga dapat info baru tentang ubat "Oxy-nase" yang sebenarnya tidak boleh digunakan setiap hari kerana ianya akan menjadikan hidung membengkak lebih teruk. Ubat "Oxy-nase" itu aku dapati dari klinik di pejabatku sebelum ini.

5) Jangan melawan arus semasa doktor sedang melakukan rawatan. Maksudnya kita mesti lembutkan badan dan bacalah doa/zikir atau selawat semasa doktor merawat. Inshaallah kita tidak akan merasa terlalu sakit semasa doktor memasukkan jarum atau ubat ke dalam hidung atau badan kita. Doktor lebih tahu apa yang baik untuk kita pada ketika itu. 

Syukur Alhamdulillah, ayah ada di sisi saat aku memerlukan bantuan untuk pergi ke hospital. Bila aku fikirkan semula, Allah memang meletakkan kita di apa juga situasi kita dengan segala hikmahnya. Walaupun aku masih "single" di umur 30an, aku masih punya ibu dan ayah untuk mengadu nasib. Aku juga punya kerjaya di syarikat yang mampu membayar bil perubatan aku sebagai staf mereka. Aku tidak kaya tetapi aku ada semuanya yang asas untuk hidup. Maka aku harus berusaha keras untuk membalas jasa ibu dan ayah. Melayan kehendak mereka bila mereka perlukan aku. Mendoakan kesejahteraan mereka sentiasa. Juga berusaha untuk membuat kebaikan kepada semua orang di sekeliling aku, tanpa mengira agama dan bangsa. Inshaallah aku cuba sedaya upaya. 

Jumpa lagi di post berikutnya. Aku doakan kita semua sihat dan dapat beribadah kepadaNya. Amin.

18 comments:

  1. Aku pon sinus terok.. Setiap pagi je hidung berair

    ReplyDelete
  2. Aku pon sinus terok.. Setiap pagi je hidung berair

    ReplyDelete
  3. Macamana nak kontek dr husni cik?

    ReplyDelete
  4. Macamana nak contact dr husni?berapa kos pembedahan?

    ReplyDelete
  5. baru seminggu ini saya rasa hidung saya berair,macam Ada banyak Selsema di dalam hidung,bila saya cuba keluarkan selsema itu dari hidung saya dgn tisu ia memang tak keluar.. tapi Selsema yang ada di dalam hidung saya tu keluar melalui mulut.. Tak tahu kenapa jadi macam ini..
    saya bukan pesakit sinus dari kecil lagi.. symptom ini baru berlaku seminggu je

    ReplyDelete
  6. Salam semua. Boleh mncuba di pusat rawatan perubatan resdung haji ali @ whatapp 01135284714

    ReplyDelete
  7. salam cik fairuz,

    boleh tahu apa keputusan ct scan Dr Husni dan cik end up dgn operation ke?
    berapakah cost untuk scan dan consultation semasa berjumpa dgn dr husni?

    ReplyDelete
  8. baru lepas buat operation buang sinus di hospital swasta.dah lebih 17 tahun menderita.sampai tahap makan ubat pun tak jalan.Alhamdulilah sekarang dah 3 minggu x bersin / gatal.rasa macam baru dihidupkan semula..sesiapa yang ada masalah tu saya galakan terus buat pembedahan..kalau x makin teruk nanti macam saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 01114375911 boleh hubungi saya.. Saya nak tanya berkenaan operation awak. Saya mngalami mslh sinus juga

      Delete
  9. Hai sis mcm mn setelah melakukan pembedahan sinus.... kongsila pengalaman sis sb sy pun ada simptom mcm sis selepas sy berpantang anak no 3... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi...

      macam mana keadaan sinus puan sekarang ?

      Delete
  10. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  11. Berapa kos pembedahan ?

    Di hospital mana Tuan?

    ReplyDelete
  12. Dulu anak saya se awal umur 6 tahun ada bad sinus.

    setiap bulan mesti rujuk pakar untuk ambil ubat dan mesti bawa ke satu pusat untuk buang resdung.

    saya pernah cuba sekali tapi sakit sangat tapi anak saya sanggup kerana tak tahan asyik bersin tak kira masa. memang teruk la.

    since 2017, alhamdulillah anak saya dah ada perubahan till now.

    andai ada yg berminat untuk tahu perjalanan sinus atau resdung anak saya, boleh whatsapp 0195707881 dan boleh juga follow sedikit sharing about my kids di http://ernieazura.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    ReplyDelete
  14. Teruk juga simptom resdung cik Fairuz ye. Tak sangka boleh menyebabkan mengantuk. Saya pun ada resdung dulu, Alhamdulillah sekarang dah okey sangat lepas amalkan tablet vitamin C setiap hari.

    Sudah 6 tahun sejak post ini ditulis. Bagaimana resdung cik Fairuz, dah okey ke?

    ReplyDelete
  15. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete
  16. *Testimoni² pesakit kanser yg mngambil Herba Warisan:*

    ▪Cucu Pn Mazili, 3tahun, mngidap kanser Leukimia ALL B- Cell. Dia mengalami komplikasi limpa & hati. Dh lama bengkak tp dia skg dh sembuh dgn rwatan doktor & minum jus herba warisan dgn konsisten. Skg makin sihat & kehidupan spt knkk² lain.
    ........................................
    ▪Pn Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2. Pd 2019 doktor mngesahkan dia mnghidap kanser payudara. Ujian Memogram di KK Bkt Mertajam, ada ketulan kanser di payudara kiri. Tp doktor tak dpt pastikan itu kanser sbb bentuknya bulat biasa, sptutnya ketulan kanser bulat dn tajam².Jadi dia ke hospital & kputusannya negatif. Skg ni dia bebas dr kanser slps buat rwatan di hospital & minum jus dlm masa yg sama. Dia buat gabungan rawatan moden & herba.
    ........................................
    ▪Pn Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.
    Disahkan kanser payudara pd 2018. Dia mula sedar ada 1 garis keras bwah pyudara kanan. Jd dia terus buat memogram & doktor sahkan dia mnghidap kanser pyudara agresif & perlu operate segera. Dia buat rwatan hospital & ambil herba sekali. Gabungan rwatan moden & herba buat dia sembuh smpai skg.
    ........................................
    ▪Pn Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap3, Shah Alam.
    Pd Mei 2017, dia disahkan kanser payudara. Saiz ketulan kanser 13.3 cm. Dia buat kimo & buang ketulan dgn operation. Dia jalani mastectomy, radiotherapy & herceptin slama 1tahun. Mnantunya tjumpa blog En.Zuhairi & mnyarankan utk ambil rawatan herba ini, dia teruskan rawatan hospital iaitu kimo & serentak mngambil herba. 4bln 1x dia ke Oncologist. Result memuaskan spt tak ada pnyakit kanser pun. Badan kuat wlpn kimo. Smpai skrg dia ambil herba utk kekalkan kesihatan.
    Harga herba sgt berpatutan dn mampu milik,jgn rsau.Kami sedia membantu.
    Hubungi sy utk order & prtanyaan di nombor berikut :
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...